Bila sebut bekal teringat zaman sekolah dulu. Aku jenis yang tak gemar untuk membeli makanan di kantin sekolah masa waktu rehat. Jadi, mak kesayangan aku akan sediakan bekal setiap hari. Hari ini nasi goreng kuning, esok mi goreng pulak, kadang-kadang nasi lemak dan paling kurang pun beberapa biji kuih karipap dan donat. Sejak dari darjah satu sampai ke UPSR. Alhamdulillah, berkat ikhlas air tangan mak anak dia ini dapat belajar sunguh-sungguh dan tak perlu fikir rasa lapar.
Macam itu juga dengan hidup kita. Kita kena ada bekal. Tapi apakah bekal hidup kita? Sebelum itu, kena tahu siapa kita. Kita orang muslim mukmin maka bekal kita adalah agama ini. Agama ini lah yang menjadi bekalan kita sepanjang kita hidup atas muka bumi ini.
Maka, makna bekal (zad) bagi seorang mukmin amatlah besar dalam seluruh hidupnya di dunia. Petikan daripada kata-kata Ibn Qayyim al-Jauziy, orang yang mencari bekalan (zad) dalam dia berkhulwah namun dia tidak menemuinya dalam pergaulan dengan manusia maka dia adalah al-mukmin al-dha'if (mukmin yang lemah). Manakala jika sebaliknya, seseorang menemui bekalan (zad) dalam pertemuan dengan manusia tetapi tidak dalam berkhulwah dengan Allah, maka di situ ada masalah dalam dirinya.
Muhammad, sebenarnya bekal itu kita perlu rasai dan temui dalam setiap perkara yang berlaku di sekeliling kita bukan sekadar hanya dalam kita berteleku bersendirian di atas tikar sejadah pada waktu malam. Dengan akal yang bijaksana, dari sini juga kita kena nampak kesempurnaan agama Islam ini. Kita tidak mengkelas-kelaskan Islam.
Maka, bekalan yang kita cari bukan hanya terdapat dalam ibadah khusus semata-mata, tetapi kita kena bergerak mencari ia disekeliling kita. Duduk kita ibadah, pertemuan dan perbincangan kita juga ibadah, mesyuarat kita ibadah. Kita sendiri sebenarnya yang perlu mengekstrakkan bekalan (zad) yang kita cari dalam setiap peristiwa yang berlaku ke atas kita.
Kamu mungkin tertanya kenapa pula kena cari bekalan (zad)? Aku beri jawaban mudah, sumber motivasi dan inspirasi. Hidup ini pasti takkan lekang daripada ujian, masalah, halangan, mehnah, kepayahan, keperitan, kesesakan dan kesempitan walaupun sedikit. Jadi, dengan bekalan (zad) yang kita cari inilah, akhirnya akan menolak diri kita untuk terus dan terus bergerak tanpa berhenti sungguhpun perlahan.
Tuesday, April 30, 2013
Saturday, April 27, 2013
Counting Seconds
Kebijaksanaan memilih sudut pandang
Keperluan asasi semasa yang ada mendesak kita untuk menyusun setiap perancangan tindakan kita dengan baik yang akhirnya matlamat yang sebenar untuk kita capai dengan cemerlang. Tanpa menafikan segala perancangan yang telah ditetapkan oleh pihak pimpinan, hasil perbincangan mereka yang akhirnya menuntut kita untuk melaksanakannya dengan tulang empat kerat kita.
Namun, aktifkan unsur kebijaksanaan kita selaku orang/badan yang melaksanakan sesuatu arahan dalam pada untuk mencapai sesuatu ketetapan yang telah mereka gariskan. Keadaan semasa daripada sudut masa, tempat, sumber manusia dan tenaga perlu diambil kira seoptimumnya.
Benarlah apa yang dikatakan oleh akh Man, "kita nak elakkan diri kita asalnya daripada menjadi robot hawa/nafsu, maka kita pilih dgn bijaksana untuk sertai tarbiyyah tetapi jangan juga akhirnya nanti kita jadi robot tarbiyah". Dalam kepiluan untuk meninggalkan bumi tarbiyyah hari ini, lidahnya ringan untuk menuturkan kata-kata tersebut sewaktu pertemuan kami yang telah disusun semalam di Gami3, Hayy 10.
Kaedahnya mudah, mereka yang berfikir sehabis baik dan akhirnya meletakkan sekian perancangan untuk dilaksanakan, kita akur. Apabila sekian perkara diturunkan kepada kita untuk dilaksanakan, apa yang perlu kita lakukan?
Firstly, we need to identify the problem we met first. Then, follow the steps of problem solving management. These are the basics.
Kenapa? Atas rasional?
1- Kita tak inginkan akhirnya kita hanya jadi "pak turut", maka tidaklah menjadi orang yang hanya buat sesuatu tanpa arah tujuan dan matlamat yang jelas.
2- Kita lebih arif dalam memahami kehendak dan keperluan setempat dan semasa, maka kita lebih bijak bagaimana cara yang lebih baik untuk dilaksanakan.

3- Kita juga punya ruang untuk melatih diri untuk memasakkan perbincangan dalam menyelesaikan masalah.
Kenapa penting sangat?
1- Sebab kita tak nak akhirnya kita semua hanya dapat penuhi senarai "KPI" yang digariskan pada akhir tahun, namun sebaliknya kesan tiada berhasil. (Quantitative measure not Qualitative measure).
2- Sebab kita perlu bijak menggunakan keupayaan sumber manusia yang kita miliki. Kita umpama syarikat yang perlu mengoptimumkan penggunaan sumber yang ada supaya membuahkan hasil yang berbaloi dengan mengurangkan seminimum mungkin sebarang kesilapan yang ada.
*Sedikit sebanyak pagi ini telah membuka mata ana sendiri untuk menguruskan sesuatu bukan lagi menurutkan sesuatu. Moga Allah memberkati pertemuan kami berempat yang sekadar bertemankan air koko panas dan roti bakar margerin di pondok akh Shafi.
Counting seconds
Detik jarum sang jam di dinding seolah-olah bergerak pantas mengira waktu mencemburui detik perpisahan kami dengan sebilangan ikhwah yang bakal terbang ke tanah air. Bagai sirih pulang ke gagang. Bagaikan semalam kami baru bertemu mata, bertemu hati.
Thaqafah Muqawamah
Jumaat 26 April
Satu Jumaat yang begitu panjang dan sangat pantas berlalu dalam sekelip mata. Taujihat akh Ikmal menyinari pagi Jumaat kami setelah bermandi peluh dengan disaksikan suq sayyarat. Pengajaran paling besar yang akh Ikmal telah kongsikan kepada kami sewaktu lawatannya ke Gaza minggu lepas. Melihat rakyat manusia umat islam yang mempunyai thaqafah muqawamah yang tinggi menyebabkan mereka kental dan tidak pernah mengenal erti putus asa dalam berjuang membebaskan tanah al-Quds. Kalam akhir beliau sebelum dia dan beberapa ikhwah lagi yang akan pulang ke Malaysia lewat hari ini in shaa Allah.
Muncul pula watak-watak seterusnya yang mewarnai komik realitiku hari ini. Bagi mereka dakwah mereka takkan pernah padam mahupun layu sungguhpun hari-hari yang mendatang bagi mereka sangat sukar untuk dilalui. Jangan cacian, tohmahan dan ejekan sentiasa saja menerpa ke muka-muka mereka tanpa lapik. Pasca forum wacana PRU anjuran Suara mggu lepas membuahkan kesan yang pelbagai. Bila di sebut pasal kesan, pasti ada yang positif malah juga yang sebaliknya juga tidak kurang.
Respon daripada seorang ahli panel (satu-satunya) wakil ikhwah dalam wacana tersebut melalui inbox facebook nya, masuklah beberapa mesej daripada sebahagian individu yang menyatakan sokongan dan bersetuju dengan pendirian isma dalam politik secara keseluruhan untuk menjaga kebaikan umat sejagat. Sungguhpun begitu tidak kurang juga, sebilangan yang terus malah semakin rancak dan hangat untuk menghujam dan menyerang isma.
Namun, inilah realiti bila iman bertakhta dan terus mengalir sebati dalam darah mereka, ikhwah pantang menyerah kalah selagi mana yang diperjuangkan adalah kebenaran yang datang daripada Tuhan. Perkongsian sebegini memberi suntikan semangat yang akan terus menyala untuk kekal pada kerja asasi kita semua yang paling penting dalam mengubah nasib umat masa kini. Diselang seli dengan imbasan kembali memori dan kenangan lama serta keluarga menambahkan lagi maknanya.
Pengajarannya, bukan kita yang menunggu hingga orang (mad3u) datang ke muka pintu rumah kita untuk mendengar dakwah yang kita laungkan. Namun, dakwah ini ternyata lebih jauh daripada itu. Kita sendiri dengan kudrat tulang empat kerat turun dan pergi jenguk sendiri dari pintu ke pintu bak Mus'ab.
Ternyata, ikhwah turut berkongsi dalam pada suasana seakan-akan orang sudah tidak mahu mendengar mesej risalah kita dengan tohmahan dan lemparan mereka, namun masih banyak lagi jendela-jendela rumah yang masih belum bergetar dengan seruan dakwah yang kita lakukan. Mereka mahu sahaja untuk mendengar dan menerima kita, namun Allah lebih mahu melihat usaha bersungguh kita yang sebenar.
Pengajaran:
1- Tidak sedikit pun tercoret di wajah ikhwah selangor riak putus asa mahupun menyerah kalah dalam keadaan tekanan sekeliling yang tertutup.
2- Banyakkan sesi-sesi perkongsian seumpama itu, dari sudut pengalaman dan bertukar pendapat dan strategi, merapat ukhuwwah selain mencambah idea yang bernas.
Merekalah sebenarnya insan-insan yang berjiwa muqawamah seumpama yang ku lihat sendiri di Gaza tempoh hari.

Tuesday, May 10, 2011
Pesona Dunia
Dunia ini cukup indah.Cukup indah untuk mengaburi mata manusia bahawasanya segala apa yang ada di dalamnya akan kekal selamanya dan kecantikannya akan berterusan sampai bila-bila.Lupakah kita,sesungguhnya dunia ini akan dihancurkan kelak apabila tiba waktunya.Setiap sistem,hidupan di dunia ini akan menyalahi sifat tabi’e sebelumnya,tidak lagi mengikut sunnatullah pada hari Qiamat kelak sepertima firman Allah Taala:
Binatang-binatang pada waktu itu seolah-olah dikumpulkan baik yang jinak mahupun yang liar.Masing-masing berkumpul pada suatu tempat yang mana binatang yang terkenal dengan sifat ganasnya,menjadi takut dan berkumpul secara baik bersama-sama binatang jinak yang lain.Mereka lupa akan status diri mereka sebagai pemangsa,malahan sudah tidak menghiraukan akan keadaan mangsanya,lupa bahawa itulah sumber makanan mereka.Akan tetapi,apa yang berlaku pada hari tersebut…?Segalanya-galanya berubah.Berubah disebabkan betapa dahsyatnya suasana pada hari Qiamat itu.
Apatah lagi keadaannya bagi manusia.Semestinya masing-masing akan menjadi kelam kabut,lari bertempiaran untuk menyelamatkan diri mereka.Ketahuilah,pada saat itu manusia tidak dapat melarikan diri kerana pada waktu itu,hanya Allah yang berkuasa.Hanya Allah tempat pergantungan,tempat perlindungan yang mutlak.
Jadi,apa yang dikejarkan sangat oleh manusia di dunia ini sehingga lupa kewajipan yang sepatut ditunaikan buat Allah.Lupa untuk menyembahnya.Melebihkan urusan duniawi daripada ukhrawi.Bersungguh-sungguh mengorbankan masa seharian untuk mengumpul harta malangnya tidak mampu untuk memperuntukkan sebahagian waktu pada malamnya untuk sujud menyembahNya.Sehinggakan mereka menjadikan persoalan kekayaan di dunia lebih utama berbanding persoalan bekalan yang akan mereka hadapkan pada Allah kelak.Mereka sibuk mengumpul harta kekayaan,lupa membina iman,menambah taqwa.Firman Allah Taala:
وَتَزَوَّدُوا فَإِنَّ خَيْرَ الزَّادِ التَّقْوَى
Berbekallah,dan sesungguhnya sebaik-baik bekal adalah taqwa.
Surah Al-Baqarah (Ayat 197)
Sesungguhnya nilai iman dan taqwalah yang akan menyelamatkan manusia daripada tarikan dunia ini.Mereka hanya menumpukan hidup mereka semata-mata untuk mencapai redha Allah.
Sesungguhnya nilai iman dan taqwalah yang akan menyelamatkan manusia daripada tarikan dunia ini.Mereka hanya menumpukan hidup mereka semata-mata untuk mencapai redha Allah.
Ketahuilah,cintakan dunia merupakan bukaan kepada pintu-pintu kejahatan.Kita lihat,bagaimana hanya disebabkan harta manusia sanggup berbalah biarpun sesama ahli keluarga mereka.Hanya disebabkan seorang perempuan,manusia sanggup berbunuh-bunuhan untuk merebutnya.Timbulnya perselisihan pendapat tentang sesuatu perkara,maka ukhuwah pula yang tergadai.Kita lihat pula,bagaimana seorang manusia yang hanya lemah,kerdil di sisi Allah sanggup mengaku dirinya sebagai Tuhan hanya disebabkan inginkan dunia.Mengimpikan kemewahannya serta inginkan kekuasaan.Itulah Firauan Si Pelampau.Allah nukilkan dalam KalamNya:
Maka berkatalah: ''Aku tuhanmu yang paling tinggi.
Surah An-Naaziat (Ayat 24)
Surah An-Naaziat (Ayat 24)
Zuhudlah di atas muka bumi ini.Gunakan dunia ini sekadarnya untuk kita menuju kepada Allah kelak.Perkataan zuhud bukanlah bermakna seseorang itu meninggalkan harta keseluruhannya.Merekalah yang berpakaian compang-camping,menggunakan pakaian yang busuk,lama,penampilan yang tidak kemas.Rambut yang kusut masai sehingga manusia di sekitarnya memandang enteng akan mereka.Itu bukanlah sifat seorang Muslim.Seseorang muslim itu sentiasa menjaga kebersihan,kekemasan diri serta menjaga penampilan diri.
إن الله جميل يحب الجمال
Zuhud pada hakikatnya adalah kita tidak meletakkan dunia itu di dalam hati.Ia terletak di luar,dalam genggaman tangan kita. Apabila tiba saatnya untuk kita melepaskannya,maka kita lepaskannya tanpa rasa kesal.Apabila kita menerima sesuatu harta,kita tidak berasa gembira malahan membencinya kerana sentiasa berwaspada akan kejahatan yang bakal timbul dengan harta itu jika tidak digunakan pada jalan kebajikan.Harta di tangan dianggap sebagai pinjaman serta khazanah Allah yang perlu diguna sebaiknya.Jika disalahguna,maka ia akan menghalang ketaatan kita kepada Allah.
Sesungguhnya,jika dunia ini digunakan sebaiknya bagi mencapai akhirat maka syurgalah ganjarannya.Kita sebagai manusia ibarat melakukan jual beli dengan Allah sepertimana dalam firmanNya yang berbunyi:
Surah At-Taubah (Ayat 111)
Jadi,gunakanlah diri kita,harta yang ada semata-mata di atas jalan Allah.Zuhudlah…!Tiada rugi bagi mereka yang zuhud.
Sabda Rasulullah S.A.W:
طوبى لمن هُدي إلى الإسلام ، وكان عيشه كفافاً ، وقنع به
Beruntunglah bagi mereka yang diberikan hidayah Islam,berasa cukup dengan hidupnya dan berpada dengannya.
Dan SabdaNya lagi:
خيركم أزهدكم في الدنيا ، وأرغبكم في الآخرة
Sebaik-baik antara kamu adalah yang berlaku zuhud pada dunia,dan mereka yang menginginkan akhirat.
Firman Allah Taala:
مَا عِندَكُمْ يَنفَدُ وَمَا عِندَ اللَّهِ بَاقٍ
Apa yang ada di sisimu akan lenyap,dan apa yang ada di sisi Allah adalah kekal.
Surah An-Nahl (Ayat 96)
Surah An-Nahl (Ayat 96)
Monday, May 9, 2011
Revolusi dan Pembentukan
Sebagaimana yang kita ketahui, pada 25-1-2011, mesir telah melakar satu sejarah yang baru setelah berjaya membuat revolusi menggulingkan kerajaan berkuku besi dibawah pemerintahan Mubarak. satu kejayaan besar saya kira. Namun perlu diingat bahawa cabaran menjatuhkan kerajaan kuku besi ini tidaklah sebasar cabaran untuk membina semula satu bangsa dan tamadun yang hebat.
Satu bangsa yang telah yang dahulunya menjadikan perlembahan nil sebagai satu tamadun awal yang telah mencapai taraf hidup ketamadunan yang tinggi. Sebagai bumi ribat yang berjaya mematahkan kemaraan bangsa Monggol yang telah menjatuhkan kerajaan islam Baghdad dan meratah maruah umat islam sepuas-puasnya. Satu bangsa yang mampu mengalahkan kemaraan tentera israel satu ketika dahulu.
Kejatuhan era pemerintahan Husni Mubarak sememangnya meletakkan mesirdalam satu tugas yang sangat berat dalam melahirkan dan membina generasi-generasi baru yang mampu mencorakkan negara dengan corak yang ditentukan islam.apalah gunanya jika sebuah negara yang mengecapi kemajuan dan perubahan dari sudut politik, ekonomi dan pendidikan, namun tiada peningkatan dari sudut akhlak dan tatasusila?
Masing-masing perlu merasakan bahawa penentu hala tuju kepada perubahan selepas revolusi ini adalah tanggungjawab serta amanah yang perlu dipikul setiap individu. Memulihkan ekonomi, meyusun dan mengkaji semula sistem pendidikan. Memetik kata-kata Dr Mohammed Badi, Mursyidul Am Ikhwan, " apa yang kita mahukan sekarang adalah membentuk satu sistem kemasyarakatandan sistema politik dan ekonomi yang baru. Semua ini perlu dimulakan oleh masyarakat itu sendiri. Perubahan ini dipaggil 'self development' . Ini aan melahirkan rakyat yang lebih pro-aktif dan bebas serta mengambil berat tentang masa hadapan negara ".
Perubahan yang diidamkan mestilah tidak berlegar hanya dari segi ekonomi dan sosial sahaja, kelakuan dan peribadi juga merupakan satu aspek yang perlu ditekankan.Memetik satu pepatah arab yang menyebut,
“Tidaklah sesebuah negara itu menjadi sempit kerana ahlinya, tetapi akhlak yang buruklah yang menyempitkannya”
Akhirnya, Jika mengharapkan sebarang perubahan di sekeliling kita, maka perubahan dalam diri perlu dimulakan terlebih dahulu.

Mesir telah mula berubah, bagaimanakah dengan kita?
Sunday, May 8, 2011
استقامه
Ibnu Abbas r.a berkata: "Tidak diturunkan kepada Rasulullah s.a.w pada keseluruhan al-Quran satu ayat yang lebih dahsyat dan lebih susah kepadanya daripada ayat ini."
Rasulullah s.a.w telah bersabda kepada para sahabatnya ketika mereka berkata kepadanya "Sungguh cepat kamu beruban", baginda menjawab; "Surah Huud dan saudara-saudaranya telah menjadikan aku beruban".
Al-Hasan berkata: "Setelah ayat ini diturunkan, Rasulullah s.a.w menyinsingkan lengan tangannya(serius) sehingga tidak pernah terlihat baginda ketawa."
*****
Tahukah ayat apakah yang dimaksudkan ini?Ayat yang benar-benar menyentak Nabi junjungan kita.Ayat yang turunnya dirasakan satu bebanan yang sangat berat sehingga beruban Nabi tercinta kita.Ayat yang padanya terdapat arahan Tuhan pencipta langit dan bumi, yang dengannya tidak terlihat lagi Nabi akhir zaman kita tersenyum.
فَاسْتَقِمْ كَمَا أُمِرْتَ
Petikan dari permulaan ayat ke-112 dari surah Huud ini yang dimaksudkan.Padanya terdapat suruhan Allah yang sungguh berat bagi Nabi Muhammad s.a.w.Kita sebagai insan biasa sepatutnya merasai bebanan ini jauh beribu kali ganda melebihi Nabi disebabkan segala kekurangan dan kelemahan kita.
Ikhwah yang dikasihi, marilah kita menyahut seruan Tuhan pencipta bumi, penghias syurga dan Tuhan pemilik hati-hati kita.Marilah kita berusaha sama-sama istiqomah pada tarbiyah dan iman kita.
Dasar istiqomah adalah pada istiqomah hati, kerana hati merupakan raja anggota badan kita.Maka peliharalah hati kita dari sifat-sifat yang tercela dan latih serta biasakanlah hati dengan zikrullah dan sifat-sifat yang terpuji.
Seterusnya peliharalah istiqomah hasanah pada lidah kita.Anggota badan yang dengannya paling ramai hamba Allah di akhirat kelak memasuki neraka disebabkan olehnya.
Semoga dengan menjaga hati dan lisan akan membawa kepada istiqomah imaniah yang berpanjangan.Jzkk.
Friday, May 6, 2011
Terapi Hati
Manusia sombong, bongkak dan derhaka terhadap Allah SWT sepertimana yang telah dinukilkan dalam ayat ke-6 surah al-Infitaar dan pada ayat yang ke-9 sebagai menjawab persoalan mengapa manusia itu sombong sebegitu rupa. Tidak lain dan tidak bukan hanya kerana manusia benar-benar mendustai hari kiamat.
"Wahai manusia! Apakah yang telah memperdayakan kamu (berbuat derhaka) terhadap Tuhanmu Yang Maha Pengasih? Yang telah menciptakanmu lalu menyempurnakan kejadianmu dan menjadikan (susunan tubuh) mu seimbang, dalam bentuk apa sahaja yang dikehendaki, Dia menyusun tubuhmu. Sesekali jangan begitu! Bahkan kamu mendustakan hari pembalasan."
(Surah Al-Infitaar : 6-9)
Soalan 1 : Siapakah kita? Manusia. Maka, kitalah yang Allah maksudkan dalam surah ini.
Soalan 2 : Sombongkah kita? Tidak bersyukurkah kita? Apa maksudnya?
Soalan 3 : Berimankah kita dengan hari kiamat? Betulkah kita benar-benar beriman dengan hari kiamat?
Saya bawakan contoh mudah bagaimana sebenarnya kita ini dikatakan sombong dan tidak bersyukur. Masyarakat Malaysia. Saban hari, dada-dada akhbar pasti didahului dengan isu anak luar nikah dan kes buang bayi, isu bunuh diri, isu jenayah rompak dan ragut, isu fitnah-memfitnah yang menjaja maruah agama dan imej negara. Semua ini bukanlah perkara remeh yang perlu dipandang enteng dan dikesampingkan. Akan tetapi, ianya ialah perkara penting yang perlu diambil cakna dan peduli.
Dalam konteks kita sebagai pelajar, apakah kita manusia bersyukur? Bersyukurkah kita jika sekadar melafazkan kalimah Alhamdulillah? Dikatakan bersyukurkah kita andai masih lagi tidak berjemaah di masjid? Bersyukurkah kita andai masih solat di akhir-akhir waktu? Bersyukurkah kita sekiranya subuh masih lagi tercicir? Sekiranya kita besyukur sekurang-kurangnya kita tidaklah terlalu asyik dan suka untuk mengata-ngata, menjaja perkara yang tidak benar, akan tetapi sebaliknya menjaga hati dan lidah kita lantas memelihara hati dan lidah orang disekeliling kita.
Mengapa semua ini boleh berlaku? Sudah terang lagikan bersuluh, Allah telah menyebut dalam ayat ke-9 surah al-Infitaar bahawa manusia itu mendustai hari kiamat. Mari kita kecilkan skop manusia yang dimaksudkan dalam ayat ini kepada diri kita selakuyang bergelar Muslim agar kita lebih menjiwai watak yang Allah ketengahkan dalam sedutan episod ini.
Mana mungkin bagi seorang Muslim itu tidak percayakan hari kiamat. Islam sudah menggariskan enam rukun Iman yang salah satu daripadanya ialah beriman dengan hari kiamat. Maka kita pasti akan berkata kita percayakan hari kiamat sekiranya kita ditanya “Adakah kamu mempercayai hari kiamat?”
Sedarikah kita, bahawa sekiranya kita masih lagi boleh mencuaikan solat , menabur fitnah, leka dengan mainan dan mimpi-mimpi dunia, kita pada hakikatnya masih belum beriman pada hari kiamat. Iman tidak cukup lengkap hanya sekadar di mulut sahaja menuturkan kepercayaan kepada hari kiamat tapi di manakah perbuatan dan amalan kita yang memanifestasikan keimanan yang selama ini diakui hati dan dilafaz lidah.
Bekerja. Bekerjalah bersama-sama demi Allah. Taat. Taatilah suruhannya demi Allah. Sehingga kita dapat lakukan ibadat hanya atas dasar cinta kepadaNya. Bukan lagi kerana kita takut dengan balasan dan ancamannya, bukan lagi kerana kita ingin mengejar balasan ganjaran daripadaNya. Namun, atas dasar cinta sejati dan hakiki yang mendalam untuk bertemu dengan Allah SWT akhirnya menaut lantas menuntun hati-hati kita untuk melakukan ibadah itu dengan bersungguh-sungguh dan berterusan.
Akan terbit dalam jiwa rasa puas dan seronok bagi setiap pekerjaan yang kita lakukan tidak terkecuali dalam masyarakat pelajar seperti kita. Rasulullah SAW ada menyarankan dalam hadisnya
عن أبي عمرو سفيان بن عبدالله الثقفي ، رضي الله عنه قال : قلت : " يا رسول الله ، قل لي في الإسلام قولا ، لا أسأل عنه أحدا غيرك " . قال : ( قل آمنت بالله ، ثم استقم ) رواه مسلم
"Daripada Abu `Amru - atau digelar juga Abu `Amrah - Sufian ibn Abdullah r.a. beliau berkata: Aku berkata: Wahai Rasulullah! Ajarkan untukku dalam lslam suatu ucapan yang aku tidak perlu lagi bertanya kepada orang lain selainmu. Baginda bersabda: Ucapkanlah: Aku beriman kepada Allah. Kemudian hendaklah engkau beristiqamah."
(Hadis riwayat al-lmam Muslim)
Hadis ini membawa mesej yang besar agar kita sentiasa memperbaharui iman kita disusuli dengan ketaatan yang berpanjangan kepada agama Allah SWT. Maka, tatkala diri kita dirundung rasa lemah, bangkitlah wahai sahabat, sedarilah akan hakikat bahawa kita sedang menuju klimaks dalam siri hidup iaitu hari kiamat sebelum berbahagia di akhirat kelak. Oleh itu, lakukahlah sebanyaknya kerana Allah yang mengganjarinya.
Maka, penuhilah setiap detik masa kita, setiap inci jejak kita dengan sebarang cara sekalipun untuk mendekati Allah SWT. Sehinggakan dalam bab rehat kita. Sungguhpun namanya rehat, bukanlah sekadar rehat yang melepaskan lelah dan lesu seharian kita bekerja dan bermualamat dengan manusia. Biarlah sejak detik ini, perbaharui dan jadikanlah waktu rehat kita bukan lagi sia-sia tiada bermakna, namun iringilah ia walaupun hanya dengan kalungan zikir agar kita sentiasa berfikir.
Tatkala kita menjadikan hari kiamat sebagai destinasi terakhir perjalanan hidup kita di dunia ini dan sebagai pintu gerbang ke dunia akhirat maka pasti kita akan berlumba untuk menemuinya. Sebagaimana dalam firman Allah dalam surah al-Muthoffifin ;
"Mereka diberi minum dari khamar murni (yang tidak memabukkan) yang tempatnya masih di lak. Laknya dari kasturi.Dan untuk demikian itu manusia perlu berlumba2. dan campurannya dari tasnim. (Yaitu) mata air yang diminum oleh mereka yang dekat (kepada Allah)."
(Al-Muthoffifin : 25-28)
Mereka yang benar-benar hidup untuk Allah dan untuk akhirat ialah masyarakat yang benar-benar berpadu dengan kasih sayang dan tolong-menolong seperti kata pepatah, ‘Yang berat sama dipikul, yang ringan sama dijinjing’. Masing-masing akan berlumba-lumba untuk membuat kebaikan, mencari keredhaan Allah SWT dan kebahagiaan di akhirat melalui kehidupan di dunia.
Subscribe to:
Posts (Atom)