Ibnu Abbas r.a berkata: "Tidak diturunkan kepada Rasulullah s.a.w pada keseluruhan al-Quran satu ayat yang lebih dahsyat dan lebih susah kepadanya daripada ayat ini."
Rasulullah s.a.w telah bersabda kepada para sahabatnya ketika mereka berkata kepadanya "Sungguh cepat kamu beruban", baginda menjawab; "Surah Huud dan saudara-saudaranya telah menjadikan aku beruban".
Al-Hasan berkata: "Setelah ayat ini diturunkan, Rasulullah s.a.w menyinsingkan lengan tangannya(serius) sehingga tidak pernah terlihat baginda ketawa."
*****
Tahukah ayat apakah yang dimaksudkan ini?Ayat yang benar-benar menyentak Nabi junjungan kita.Ayat yang turunnya dirasakan satu bebanan yang sangat berat sehingga beruban Nabi tercinta kita.Ayat yang padanya terdapat arahan Tuhan pencipta langit dan bumi, yang dengannya tidak terlihat lagi Nabi akhir zaman kita tersenyum.
فَاسْتَقِمْ كَمَا أُمِرْتَ
Petikan dari permulaan ayat ke-112 dari surah Huud ini yang dimaksudkan.Padanya terdapat suruhan Allah yang sungguh berat bagi Nabi Muhammad s.a.w.Kita sebagai insan biasa sepatutnya merasai bebanan ini jauh beribu kali ganda melebihi Nabi disebabkan segala kekurangan dan kelemahan kita.
Ikhwah yang dikasihi, marilah kita menyahut seruan Tuhan pencipta bumi, penghias syurga dan Tuhan pemilik hati-hati kita.Marilah kita berusaha sama-sama istiqomah pada tarbiyah dan iman kita.
Dasar istiqomah adalah pada istiqomah hati, kerana hati merupakan raja anggota badan kita.Maka peliharalah hati kita dari sifat-sifat yang tercela dan latih serta biasakanlah hati dengan zikrullah dan sifat-sifat yang terpuji.
Seterusnya peliharalah istiqomah hasanah pada lidah kita.Anggota badan yang dengannya paling ramai hamba Allah di akhirat kelak memasuki neraka disebabkan olehnya.
Semoga dengan menjaga hati dan lisan akan membawa kepada istiqomah imaniah yang berpanjangan.Jzkk.
No comments:
Post a Comment