Sunday, April 17, 2011

Siapakah Yang Berada Di Atas Jalan Allah?

Maksud hadis:

Daripada Abi Musa Abdillah bin Qais al-Asy'ari r.a. katanya: Rasulullah s.a.w. ditanya tentang seorang lelaki yang sedang berperang (berjihad) dengan penuh keberanian, dan seorang lelaki yang sedang berperang (berjihad) dengan penuh semangat dan megah membela kaum keluarga, dan seorang lelaki yang sedang berperang (berjihad) kerana riak, manakah antara mereka yang berada di atas jalan Allah? Maka jawab Rasulullah s.a.w.: "Siapa yang berperang (berjihad) dengan niat semata-mata ingin menjadikan kalimah Allah itu menjadi tinggi maka dialah yang berada di atas jalan Allah" (Muttafaqun 'Alaih)

Komentar hadis:


1) Orang yang bertanya kepada Nabi s.a.w. dalam hadis di atas ialah لاحق بن ضمرة الباهلي

2)حمية : bermaksud rasa megah,bangga diri dalam membela kaum keluarga

3)رياء : bermaksud rasa ingin menunjuk-nunjuk agar orang ramai melihat akan perbuatannya

4)كلمة اللة : bermaksud agama Allah

Pengajaran hadis:


1) Sesungguhnya hanya amalan yang dilakukan dengan niat yang ikhlas dan baik sahaja akan dikira di sisi Allah.

2) Kelebihan yang besar yang dijanjikan untuk para mujahidin yang berjuang hanyalah untuk mereka yang berjuang hanya semata-mata ingin mengangkat kalimah (agama) Allah.

3) Walaubagaimanapun, hadis ini tidak menjadi penghalang untuk kita menguruskan para mujahid yang terkorban di medan perang sebagai seorang yang syahid iaitu tidak perlu dimandikan,dikafankan,disolat jenazah ke atasnya,cukup sekadar terus dikebumikan.Hal ini kerana persoalan niat dan tujuan itu diserahkan kepada Allah s.w.t.

Rujukan:


نزهة المتقين شرح رياض الصالحين,cetakan Dar al-Musatafa

No comments:

Post a Comment