Sunday, April 17, 2011

Perlumbaan

Kehidupan ini suatu perlumbaan. Tidak dapat dinafikan lagi, situasi dunia sekarang mengerah kebanyakkan manusia untuk meletakkan satu mind-setting bahawa kehidupan dunia adalah kehidupan yang penuh dengan persaingan dan siapa yang tidak mengikut arus perdana maka dia akan tertinggal kebelakang.


Akhirnya bila disibukkan dengan perlumbaan dunia, kita mudah terlupa bahawasanya dunia ini hanya tempat persinggahan sementara! Jadi segala apa yang kita miliki dan perolehi di dunia, semuanya hanyalah pinjaman dan tidak kekal!


Seorang da'ei juga pasti tidak lepas daripada terheret ke dalam persaingan ini. Persaingan dalam menempatkan diri di dalam masyarakat serba maju ini.


Kebanyakkan manusia tidak menyedari, hakikatnya di sana bukan sahaja dunia mempunyai 'trek' perlumbaan. Bahkan akhirat juga ada 'trek'nya. Bahkan perlumbaan mengejar akhirat lebih patut kita utamakan


Ada satu firman Allah yang bermaksud :

"Mereka diberi minum dari khamar murni (yang tidak memabukkan) yang tempatnya masih di lak. Laknya dari kasturi. Dan untuk demikian itu manusia perlu berlumba2. dan campurannya dari tasnim. (Yaitu) mata air yang diminum oleh mereka yang dekat (kepada Allah)."
(Al-Muthoffifin : 25-28)

Kita sewajarnya berlumba2 dan bersaing dalam usaha untuk memperolehi syurga Allah yang mempesona dengan rahsia2 keindahan yang kita tidak akan pernah alami semasa di dunia. Suatu keindahan yang memukau setiap mata yang memandang, memikat hati yang berada di dalamnya.


Tapi bagaimana untuk kita berlumba di atas trek akhirat?


Awal sekali sedarlah bahawa dunia perlu diletakkan di tempatnya iaitu di tangan kita semata bukan di dalam hati. Agar dengan penguasaan berkenaan dunia mempermudahkan kita untuk menyampaikan kebaikan dakwah Islam kepada masyarakat dunia keseluruhannya. 


Kemudian kita sentiasa menekankan dakwah Islam dalam kehidupan seharian kita agar dakwah itu berdarah daging dengan diri kita. Di mana2 saja berusahalah untuk sebarkan dakwah Islam kepada sesiapa sahaja agar lebih ramai yang memahami Islam sebagai satu cara hidup yang unggul. Tidak terpisah antara satu sama lain.


Selain itu jangan dilupa dengan amal ibadah diri kita sendiri. Perlu dipertingkatkan dan diperbaiki dari segala sudut seperti kekhusyukan, kesungguhan, keikhlasan dan kekerapan beramal ibadah sunat. Amal ibadah fardhu apatah lagi perlu dilaksanakan seawal waktu yang mungkin. Sebaiknya amal ibadah yang dilakukan kita usahakan untuk berterusan (istiqamah) walaupun sedikit terutamanya amal ibadah yang boleh mengesani hati kita.


Akhirnya, hiduplah kita di dunia sebagai seorang pengembara yang berhenti sebentar sahaja di bawah sepohon pokok iaitu dunia sebelum tiba ke destinasi sebenar kita iaitu di akhirat.


"Wahai Tuhan kami yang membolak-balikkan hati, tetapkanlah hati kami di atas agama ini dan ketaatan kepadaMu."




Oleh :
Umar Al-Farouq

No comments:

Post a Comment