Saturday, April 27, 2013

Thaqafah Muqawamah

Jumaat 26 April

Satu Jumaat yang begitu panjang dan sangat pantas berlalu dalam sekelip mata. Taujihat akh Ikmal menyinari pagi Jumaat kami setelah bermandi peluh dengan disaksikan suq sayyarat. Pengajaran paling besar yang akh Ikmal telah kongsikan kepada kami sewaktu lawatannya ke Gaza minggu lepas. Melihat rakyat manusia umat islam yang mempunyai thaqafah muqawamah yang tinggi menyebabkan mereka kental dan tidak pernah mengenal erti putus asa dalam berjuang membebaskan tanah al-Quds. Kalam akhir beliau sebelum dia dan beberapa ikhwah lagi yang akan pulang ke Malaysia lewat hari ini in shaa Allah.

Muncul pula watak-watak seterusnya yang mewarnai komik realitiku hari ini. Bagi mereka dakwah mereka takkan pernah padam mahupun layu sungguhpun hari-hari yang mendatang bagi mereka sangat sukar untuk dilalui. Jangan cacian, tohmahan dan ejekan sentiasa saja menerpa ke muka-muka mereka tanpa lapik. Pasca forum wacana PRU anjuran Suara mggu lepas membuahkan kesan yang pelbagai. Bila di sebut pasal kesan, pasti ada yang positif malah juga yang sebaliknya juga tidak kurang.

Respon daripada seorang ahli panel (satu-satunya) wakil ikhwah dalam wacana tersebut melalui inbox facebook nya, masuklah beberapa mesej daripada sebahagian individu yang menyatakan sokongan dan bersetuju dengan pendirian isma dalam politik secara keseluruhan untuk menjaga kebaikan umat sejagat. Sungguhpun begitu tidak kurang juga, sebilangan yang terus malah semakin rancak dan hangat untuk menghujam dan menyerang isma.

Namun, inilah realiti bila iman bertakhta dan terus mengalir sebati dalam darah mereka, ikhwah pantang menyerah kalah selagi mana yang diperjuangkan adalah kebenaran yang datang daripada Tuhan. Perkongsian sebegini memberi suntikan semangat yang akan terus menyala untuk kekal pada kerja asasi kita semua yang paling penting dalam mengubah nasib umat masa kini. Diselang seli dengan imbasan kembali memori dan kenangan lama serta keluarga menambahkan lagi maknanya.

Pengajarannya, bukan kita yang menunggu hingga orang (mad3u) datang ke muka pintu rumah kita untuk mendengar dakwah yang kita laungkan. Namun, dakwah ini ternyata lebih jauh daripada itu. Kita sendiri dengan kudrat tulang empat kerat turun dan pergi jenguk sendiri dari pintu ke pintu bak Mus'ab.

Ternyata, ikhwah turut berkongsi dalam pada suasana seakan-akan orang sudah tidak mahu mendengar mesej risalah kita dengan tohmahan dan lemparan mereka, namun masih banyak lagi jendela-jendela rumah yang masih belum bergetar dengan seruan dakwah yang kita lakukan. Mereka mahu sahaja untuk mendengar dan menerima kita, namun Allah lebih mahu melihat usaha bersungguh kita yang sebenar.

Pengajaran:
1- Tidak sedikit pun tercoret di wajah ikhwah selangor riak putus asa mahupun menyerah kalah dalam keadaan tekanan sekeliling yang tertutup.
2- Banyakkan sesi-sesi perkongsian seumpama itu, dari sudut pengalaman dan bertukar pendapat dan strategi, merapat ukhuwwah selain mencambah idea yang bernas.

Merekalah sebenarnya insan-insan yang berjiwa muqawamah seumpama yang ku lihat sendiri di Gaza tempoh hari.








No comments:

Post a Comment