Sunday, April 24, 2011

Taubat Seorang Hamba

Umur kita akan terus menganjak hari demi hari. Yang muda akan tua. Yang hidup akan mati. Begitulah sunnatullah alam. Suatu ketetapan daripada Maha Pencipta.


Setelah mati kehidupan kita tidak terhenti di situ sahaja. Sebagai seorang yang beriman kita menyakini bahawa selepas kehidupan dunia ni ada satu lagi kehidupan yang menanti kita. Kehidupan akhirat di mana kita akan kekal selamanya di sana. Sewaktu itu kita tidak akan mendengar lagi istilah tua atau muda, hidup atau mati. 


Oleh itu, seorang yang bijak dia akan menyediakan bekal sebanyak mugkin untuk kehidupannya di akhirat. Kehidupan yang kekal selama2nya. Bekal sebagai persembahan kepada Maha Pencipta sebagai bukti bahawa sewaktu di dunia dahulunya dia telah laksanakan tugasnya sebagai hamba kepada yang Maha Esa dengan sebaik mungkin. Tidak lupa dan tidak terpedaya dengan habuan dunia.


Mungkin kita sekarang sudah menginjak umur 19, 20, 21 mungkin 22 dan lain2. Biar berapa pun umur kita sekarang, suka untuk saya mengajak kita merenung kembali kemanakah umur2 kita itu dihabiskan?


Sedarlah wahai diri, bukan peningkatan umur itu yang dinilai di akhirat kelak, tetapi yang dinilai adalah bagaimana umur itu dihabiskan. Amal kita ke arah mana? Kebaikan? Atau terleka dalam kemaksiatan.


Sungguh manusia itu tidak pernah terlepas daripada melakukan dosa, tetapi yakinlah bahawa rahmat Allah tersangat luas. Pintu taubatnya tidak pernah tertutup untuk kita memohon, merintih dan menangisi dosa2 kita yang telah lalu. Sebesar mana pun dosa kita, Allah Maha Pengampun. Pasti akan diampunkan dosa hambanya yang benar2 menyesal dengan dosa mereka lalu meminta pengampunan daripadaNya.


Benar, Allah Maha Pengampun.


Ada satu hadis di dalam Riyadhus Solihin berbunyi :

وعن أبي هريرة رضي الله عنه أن رسول الله صلى الله عليه وسلم قال يضحك الله سبحانه وتعالى إلى رجلين   يقتل أحدهما الآخر يدخلان الجنة يقاتل هذا في سبيل الله فيقتل، ثم يتوب الله على القاتل فيسلم فيستشهد

(متفق عليه)
Maksudnya :
" Dan dari Abu Hurairah r.a. bahawasanya Rasulullah s.a.w bersabda : ((Allah s.w.t tertawa -merasa senang- kepada dua orang yang seorang membunuh pada lainnya, kemudian keduanya dapat memasuki syurga. Yang seorang itu berperang fisabilillah kemudian ia dibunuh, kemudian Allah menerima taubat orang yang membunuhnya tadi, kemudian ia masuk Islam dan selanjutnya dibunuh pula sebagai seorang yang syahid. "
(Muttafaqun 'alaih)


Dalam hadis yang disebutkan ini, bagaiman seorang yang telah membunuh pejuang Allah, tetapi kemudiannya dia menyesal dan bertaubat atas dosanya lalu Allah terima. Dia pula pergi berjihad fisabilillah, dan syahid. Akhirnya dia dimasukkan kedalam syurga! Lihatlah saudara, betapa besarnya rahmat Allah ke atas kita sebagai hambanya. Keampunan daripada yang Maha Pengasih kepada mereka yang ikhlas menyesal dengan dosa2nya yang lalu.

Selagi mana matahari tidak terbit dari barat atau roh berada di kerongkong (maut) selagi itu pintu taubat terbuka luas untuk hambanya.



Bagaimana untuk bertaubat?

Ada beberapa syarat dalam bertaubat ini. Pertamanya, hendaklah kita menghentikan terus daripada melakukan kemaksiatan tersebut. Keduanya kita merasa menyesal dengan kemaksiatan yang telah kita lakukan itu dan ketiganya kita berazam bersungguh2 untuk tidak mengulanginya kembali. Jika dosa kita dengan manusia, syarat keempat adalah kita melepaskan tanggungan dengan manusia itu. Jika dosa berkaitan wang, kita bayar kembali atau memohon kemaafan daripadanya.

Sebagai manusia, kadang2 kita berulang melakukan dosa yang telah kita pohon taubat daripada Allah. Belajarlah untuk menghukum diri kita sendiri dengan hukuman berat yang boleh mendekatkan diri kita kepada Allah kembali. Sebolehnya hindarkan diri dari mengulang maksiat yang kita telah berazam untuk menjauhinya. Yakinlah bahawa kita mampu untuk berubah kepada yang lebih baik. Sebaiknya kita lazimi istighfar dan solat sunat taubat secara berterusan pada setiap hari kerana kehidupan manusia itu pasti tidak terlepas dari membuat dosa lebih2 lagi dalam dunia yang serba mencabar hari ini.

Rasulullah sendiri memohon ampun dan bertaubat kepada Allah lebih dari 70 kali sehari. Kita sebagai hamba Allah lebih2 lagi perlu untuk memperbanyakkan taubat kepada Allah. Tuhan sekalian alam ini.

Akhir sekali saudara, jangan tangguhkan niat kita untuk bertaubat. Segeralah memohon taubat daripadanya. Jangan berputus asa dari rahmat Allah. Rahmat Allah sentiasa terbentang luas untuk kita hamba2nya. Ingatlah saudara akan firman Allah di dalam al-Quran yang berbunyi :

وَلا تَيْئَسُوا مِنْ رَوْحِ اللَّهِ إِنَّهُ لا يَيْئَسُ مِنْ رَوْحِ اللَّهِ إِلاَّ الْقَوْمُ الكَافِرُونَ

[يوسف:87] 
Maksudnya : 
"Dan jangan kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya yang berputus asa dari rahmat Allah hanya orang-orang yang kafir."



Oleh :
Umar Al-Farouq

No comments:

Post a Comment