Monday, April 18, 2011

Bagaimana Malaysia…???

Bagaimana Malaysia...???

Kemungkinan besar,rata-rata daripada kita yang membaca tajuk di atas akan menjawab :

‘’Malaysia…?Okay je.aman je.’’
‘’Baguslah…!Negara contoh.’’
‘’Negara yang membangun,menuju ke arah kemajuan yang lebih pesat.’’

Dari satu sudut,benar apa yang terlintas dalam benak pemikiran pembaca sekalian tetapi bagaimana pula dari sudut yang lain…?

Malaysia sememangnya merupakan negara contoh yang mana aman pada zahirnya.Di mana demonstrasinyapun dilakukan secara aman tidak seperti negara-negara lain sehinggakan mengorbankan sebilangan jumlah nyawa.Masyarakat dunia baru-baru ini menjadi saksi akan revolusi yang berlaku di negara-negara Timur Tengah yang mana ianya hanya bermula dengan demonstrasi secara aman tetapi berakhir dengan pertumpahan darah sepertimana perang saudara di Libya.Kita tolak ke tepi isu revolusi tersebut sebab isu ini telahpun dikupas,dianalisa diamati oleh sebahagian besar golongan pemikir.Apa yang hendak penulis bawa dalam penulisan kali ini adalah berkaitan dengan Malaysia,keadaannya,mentaliti masyarakatnya dan arus perubahan yang sedang ditempuh.

 Malaysia cukup bertuah kerana tanahnya bebas daripada cengkaman penjajah secara lahiriah.Tidak seperti Palestin,yang mana hari demi hari,detik demi detik setiap inci daripada tanah Palestin dirampas haknya oleh penjenayah terkenal dunia,Israel.Walaupun sedemikian,itu tidak bermakna Malaysia sudah terlepas daripada ancaman-ancaman luar mahupun dalaman.Pelbagai serangan telahpun dirangka,dilaksanakan secara tersusun oleh musuh-musuh Islam yang mahukan negara bermajoritikan Islam umatnya,pemimpinnya beragama Islam,pegangan terhadap Islam yang kuat,maka negara itulah hendak mereka hancurkan.Bagaimana…?Mereka sudahpun menyerang kita,menerapkan bermacam-macam budaya tidak sihat melalui pelbagai medium termasuklah media,hiburan,politik,pelajaran dan sebagainya.Serangan yang sebegini haluslah membawa masyarakat jauh daripada pengamalan serta penghayatan agama secara menyeluruh.Tidak kurang hebat juga serangan dalaman daripada pihak-pihak tertentu yang inginkan masyarakat Malaysia khususnya terus hanyut dengan isu-isu yang kadang kala merosakkan mentaliti golongan pemuda.Mereka sudah tidak nampak ataupun kabur melihat isu-isu yang lebih besar seperti isu palestin serta kekejaman yang giat dilakukan oleh musuh Islam.Malangnya,mereka lebih mengikuti perkembangan idola fana mereka dalam bidang seni khususnya.Sebagaimana program reality tv yang ingin membawa masyarakat Malaysia sama seperti negara Barat yang lain ke arah hiburan semata-mata.Masyarakat sudah tidak jelas akan tujuan hidup mereka yang sebenar.Mereka hidup dalam kehidupan fana yang mereka cipta sendiri tanpa bersuluhkan Al-Quran dan As-Sunnah.

Dari sudut politik pula,kita sering mendengar,melihat dan membaca keratan akhbar,radio mahupun ruangan televisyen di mana dipaparkan berita-berita berkaitan isu tersebut.Di mana,isu yang timbul jelas menunjukkan betapa kotornya mainan politik mereka.Politik bukan dijadikan medium untuk berbakti kepada masyarakat,menegakkan kebenaran,menjalankan hukum hakam Allah akan tetapi ia digunakan untuk kepentingan pihak tertentu.Semata-mata ingin melaksanakan agenda busuk mereka itu,mereka sanggup menjatuhkan maruah seseorang,membuka keaiban orang,menggunakan segala apa cara hatta cara tersebut menggugat tali ikatan persaudaraan.Mereka sudah hilang rasa hormat-menghormati antara satu sama lain.Sedangkan kita sebagai satu ummah,mentauhidkan Allah Yang Satu,aqidah yang sama sepatutnya nilai ukhuwah itu tidak dipandang enteng.

‘’Orang Mukmin terhadap Mukmin yang lain ibarat bahan binaan,saling kuat-menguatkan antara satu sama lain.’’

Secara keseluruhannya,Malaysia akan terus ke hadapan dari sudut kemajuan,tetapi semakin maju sesebuah negara itu semakin kuat rintangan yang terpaksa ditempuh masyarakatnya.Masyarakat Islam di Malaysia perlu kuat dalam penghayatan agama,mengamalkan agama secara total,mempunyai iman yang teguh bagi menangkis serangan-serangan yang datang bertali arus baik luaran mahupun dalaman.Usaha untuk menjadikan Islam itu di tahap yang tertinggi perlu dipergiatkan.

‘’Al-Islamu ya’lu,wala yu’la ‘alaiah.’’

Muga Allah memberi hidayah kepada kita semua…!

(Isi penulisan adalah cetusan idea penulis semata-mata,sebagai cetusan minda penulis dan juga pembaca sekalian)

No comments:

Post a Comment