Monday, May 9, 2011

Revolusi dan Pembentukan

Sebagaimana yang kita ketahui, pada 25-1-2011, mesir telah melakar satu sejarah yang baru setelah berjaya membuat revolusi menggulingkan kerajaan berkuku besi dibawah pemerintahan Mubarak. satu kejayaan besar saya kira. Namun perlu diingat bahawa cabaran menjatuhkan kerajaan kuku besi ini tidaklah sebasar cabaran untuk membina semula satu bangsa dan tamadun yang hebat.




Satu bangsa yang telah yang dahulunya menjadikan perlembahan nil sebagai satu tamadun awal yang telah mencapai taraf hidup ketamadunan yang tinggi. Sebagai bumi ribat yang berjaya mematahkan kemaraan bangsa Monggol yang telah menjatuhkan kerajaan islam Baghdad dan meratah maruah umat islam sepuas-puasnya. Satu bangsa yang mampu mengalahkan kemaraan tentera israel satu ketika dahulu.




Kejatuhan era pemerintahan Husni Mubarak sememangnya meletakkan mesirdalam satu tugas yang sangat berat dalam melahirkan dan membina generasi-generasi baru yang mampu mencorakkan negara dengan corak yang ditentukan islam.apalah gunanya jika sebuah negara yang mengecapi kemajuan dan perubahan dari sudut politik, ekonomi dan pendidikan, namun tiada peningkatan dari sudut akhlak dan tatasusila?




Masing-masing perlu merasakan bahawa penentu hala tuju kepada perubahan selepas revolusi ini adalah tanggungjawab serta amanah yang perlu dipikul setiap individu. Memulihkan ekonomi, meyusun dan mengkaji semula sistem pendidikan. Memetik kata-kata Dr Mohammed Badi, Mursyidul Am Ikhwan, " apa yang kita mahukan sekarang adalah membentuk satu sistem kemasyarakatandan sistema politik dan ekonomi yang baru. Semua ini perlu dimulakan oleh masyarakat itu sendiri. Perubahan ini dipaggil 'self development' . Ini aan melahirkan rakyat yang lebih pro-aktif dan bebas serta mengambil berat tentang masa hadapan negara ".




Perubahan yang diidamkan mestilah tidak berlegar hanya dari segi ekonomi dan sosial sahaja, kelakuan dan peribadi juga merupakan satu aspek yang perlu ditekankan.Memetik satu pepatah arab yang menyebut,




“Tidaklah sesebuah negara itu menjadi sempit kerana ahlinya, tetapi akhlak yang buruklah yang menyempitkannya” 




Akhirnya,  Jika mengharapkan sebarang perubahan di sekeliling kita, maka perubahan dalam diri perlu dimulakan terlebih dahulu.


Mesir telah mula berubah, bagaimanakah dengan kita?

No comments:

Post a Comment